69

Advertisements

Aku.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya
*SIAPA AKU*?

Aku bukanlah orang baik tapi aku adalah orang yang sedang memperbaiki diri..

Kalau ada orang yang menganggap aku baik kerana Allah masih menutupi aib aibku..
Aku bukanlah manusia suci tapi aku sedang mensucikan diri..
Tak perlu kita peduli siapa kamu dan siapa aku..
Tapi marilah kita bersama sama memperbaiki diri..
Memperbaiki agama kita, membersihkan hati kita.. menuju ridha Allah..

Aku bukanlah orang yang hebat dan mulia…
Kalau ada yang menganggap aku hebat/mulia,semuanya kerana Allah hebatkan dan muliakan aku..
Kerana kehebatan dan kemuliaan hanyalah milik Allah….
Bukan milikku, bukan pula milikmu..milik Allah.. milik Allah..
Manusia hanyalah makhluk yang hina dan lemah..
Begitupun aku, begitupun kamu.. kemuliaan hanya akan datang manakala manusia mengamalkan agama….serta berTAQWA pada Allah..
Isya Allah
Kalau aku hanya hidup untuk aku, diriku sendiri..
Maka betapa hidup ini sangatlah sempit, tidak indah dan bererti..
Aku hidup untuk keluargaku.
Aku hidup untuk isteriku..
Aku hidup untuk orang tua, saudara dan kerabatku..
untuk sahabat, teman dan rakan rakanku
Dan aku hidup untuk semua orang..
Mengusahakan diri menanam kebaikan dan nasihat kepada semua orang..
Dan di atas segala2nya.. HIDUPKU UNTUK ALLAH!!
ALLAH TUJUAN HIDUPKU…..
Mengabdikan diri kepada-NYA akan menutup segala pengabdian kepada makhluk….

Marilah kita jadikan hidup ini untuk Allah…..
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam”💚